Adsniaga, Iklan PPC Bahasa Malaysia

Jika iklan Adsence dan Adwords dikendalikan oleh syarikat Google, pengiklanan konsep serupa iaitu Adsniaga dikendalikan oleh warga tempatan. PPC adalah singkatan bagi Pay Per Click iaitu bayaran iklan yang dikira berdasarkan bilangan klik oleh pengunjung blog atau website. Siapakah yang membayar dan siapakah yang menerima bayaran? Jika di Google, Adwords adalah untuk pengiklan manakala Adsence adalah untuk penyiar iklan. Di Adsniaga, terus terdapat akaun advertiser dan publisher.

Pengiklanan di Adwords sudah dikenali ramai dan pengiklanannya juga mempunyai persaingan yang tinggi menyebabkan bayaran untuk setiap klik boleh menjadi sangat mahal. Blogger tempatan yang mahu mendapat duit daripada Adsence juga boleh menjadi sukar kerana blog Bahasa Malaysia tidak boleh meletakkan iklan adsence. Oleh itu, Adsniaga sangat berkesan untuk pengiklan dan penyiar iklan berbentuk pay-per-click. Di bawah adalah contoh iklan yang disediakan oleh Adsniaga, sama macam iklan Google kan.

Di Adsniaga juga menyediakan report harian kepada e-mail advertiser dan publisher. Publisher juga boleh melihat statistik bilangan view dan bilangan klik. Di bawah adalah contoh impression chart saya pada bulan lepas.

Jadi, untuk anda menjadi advertiser ataupun publisher di adsniaga boleh mendaftar percuma di adsniaga.com.

18 thoughts on “Adsniaga, Iklan PPC Bahasa Malaysia”

  1. Assalamualaikum,

    Admin : Entry yang menarik!

    Ok, di sini saya ingin menjawab beberapa persoalan di atas.

    1. Blog tak dipaparkan / tak keluar
    Berkenaan isu iklan tidak dipaparkan ini berdasarkan kepada isu-isu lepas mendapati ianya adalah disebabkan proses menyalin kod yang tidak sempurna atau wujud komplikasi di laman publisher diantara widget/javascript/flash sedia ada di sana. Sehingga kini alhamdulillah semuanya dapat diselesaikan.

    2. ISSUE 1 ~ error in the USD payment through PayPal.
    Berkaitan isu 1 ini semuanya telah diselesaikan dan sehingga kini proses pembayaran melalui paypal berjalan normal dengan matawang MYR.

    Advertiser yang berhadapan dengan masalah ini telah dihubungi melalui email dan ada diantaranya telah dibayar kembali ke akaun masing-masing dan dimasukkan ke dalam akaun mereka di adsniaga.com

    3. Adsniaga + nuffnang
    berdasarkan rujukan kepada entry-entry blog di internet ada yang menyatakan status glitterati akan hilang namun iklan tetap keluar seperti biasa walaupun digunakan kedua-duanya.

    4. Adsniaga + Google Adsense
    Berdasarkan kepada publisher sistem adsniaga.com ada yang menggunakan kedua-duanya pada satu halaman dan iklan dari google adsense juga dipaparkan seperti biasa.

    5. Penghargaan
    Terima kasih kepada semua yang menyokong kewujudan adsniaga.com yang diuruskan 100% oleh anak tempatan. Semoga mendapat kekuatan daripada sokongan para advertiser dan bloggers semua yang tidak jemu dari masa ke masa mengeluarkan entry menarik berkaitan adsniaga.com

    InsyaAllah bloggers yang menyokong adsniaga.com akan diberi penghargaan yang sewajarnya di laman rasmi adsniaga.com

    Terima Kasih!

    Muhammad Suffi Yusof
    adsniaga.com

    [Reply]

    Shahrul Reply:

    ws, terima kasih tokey adsniaga singgah memberi komen disini.

    [Reply]

    LB Reply:

    trima kasih atas info

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

What is 10 + 10 ?
Please leave these two fields as-is:
IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)