Berniaga Secara Online di Mudah.my

Pernahkah anda fikirkan untuk berniaga? Sudah tentu ramai yang ingin berniaga kerana peluang pendapatan yang lumayan dan cara kerja yang bebas. Namun ramai yang tidak berjaya untuk berniaga. Mahu berniaga secara offline, perlu ada modal dan juga kemahiran. Kini berniaga secara online boleh dijadikan pilihan. Tempatnya adalah di website Mudah.my.

Mudah.my adalah website pengiklanan secara percuma. Mudah.my telah wujud sejak November 2007. Mudah.my memberi peluang kepada sesiapa sahaja mengiklankan pelbagai produk seperti kereta, motosikal, rumah, tanah, komputer, telefon bimbit, pekerjaan dan perkhidmatan di Malaysia. Oleh itu, website ini menjadi tumpuan ramai penjual dan pembeli.

Sememangnya menjual barang di Mudah.my adalah mudah dan jimat kos. Ini kerana anda tidak memerlukan kedai, tidak dikenakan cas dan produk anda bakal dilihat oleh beribu-ribu pembeli di Malaysia. Anda hanya mengiklankan barang dan menunggu pembeli. Namun adakah begitu mudah?

Saya sendiri pernah menjual dua barang di mudah.my. Barang pertama adalah binocular, mendapat pembeli dalam masa satu minggu manakala barang kedua adalah police torch light, mendapat pembeli selepas tiga bulan. Walaupun anda berniaga secara online, anda perlu juga menyerlahkan kemahiran peniaga seperti melihat permintaan dan persaingan.

Bagi anda yang ingin menjual barang di mudah.my, anda memerlukan tips-tips untuk memudahkan barang anda terjual. Contohnya, iklan anda dilihat oleh beribu-ribu orang tetapi tiada seorang pun pembeli. Apa perlu anda lakukan:

  • Menarik ramai pelawat supaya mereka melihat iklan anda.
  • Membuat iklan dengan lebih hebat supaya tidak hanya dipandang sekali lalu sahaja oleh pelawat.
  • Meningkatkan kredibiliti anda supaya pelawat tidak teragak-agak membeli dengan anda.

Anda boleh mendapatkan panduan tersebut di dot-my.com. Bukan itu saja, anda akan didedahkan dengan 5 cara mudah untuk buat duit dengan mudah.my.

2 thoughts on “Berniaga Secara Online di Mudah.my”

  1. Mudah.com memang tempat yang berpotensi untuk dijadikan platform permulaan dlm perniagaan online, kerana mereka sudah mempuyai pelanggan berpotensi, yang penting penjual mesti mempuyai produk yang berpotensi

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

What is 6 + 15 ?
Please leave these two fields as-is:
IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)