Buat Duit Dengan Affiliate

Apa itu affiliate? Affiliate adalah satu perkongsian keuntungan antara penjual produk dan agen pemasaran. Ini memberi keuntungan kepada kedua-dua pihak. Orang yang menjual produk samaada produk fizikal atau produk digital perlu menyediakan website jualan. Bagi mempromosikan website jualannya, penjual produk boleh mempromosikan seorang diri atau boleh mendapatkan bantuan sesiapa sahaja untuk mempromosikannya. Sebagai ganjaran, penjual produk memberi komisen kepada agen pemasaran dalam bentuk komisen.

Pemilik produk jualan akan menetapkan kadar bayaran komisen. Terdapat tiga kaedah pembayaran komisen iaitu:

  • Di bayar berdasarkan jualan (PPS – Pay Per Sale)
  • Di bayar berdasarkan subcriber/download (PPL – Pay Per Lead)
  • Di bayar berdasarkan klik (PPC – Pay Per Click)

Komisen berdasarkan jualan adalah mudah. Bagi setiap agen yang memperkenalkan orang sehingga orang itu membeli produk jualan, penjual produk akan memberi peratusan komisen daripada harga produk tersebut. Kebiasaanya peratusan komisen bagi produk digital lebih tinggi, boleh mencapai sehingga 70% kerana produk digital tidak mempunyai kos per unit. Peratusan komisen bagi produk fizikal adalah rendah sekitar 10% kerana produk fizikal mempunyai kos bagi setiap unit yang di hasilkan.

Komisen berdasarkan subcriber atau download pula, agen memperkenalkan orang sehingga orang itu mendaftarkan nama dan e-mail dengan penganjur affiliate tersebut. Ini supaya penganjur itu boleh mendapat subcriber dan kebiasaanya sebagai balasan, penganjur itu akan memberi ebook percuma untuk menarik minat orang memberikan nama.

Komisen berdasarkan klik adalah cukup sekadar agen membawa pelawat ke website penganjur. Ini adalah pelaburan penganjur kerana setiap pelawat mungkin memberi keuntungan ataupun tidak. Mungkin ada pelawat yang akan mendapatkan produk ataupun servis daripada pengajur, mungkin juga pelawat itu tidak membeli apa-apa. Oleh itu, kebiasaanya komisen berdasarkan klik adalah sangat murah kerana ia tidak menjamin keuntungan yang pasti.

Anda nak tahu lebih lanjut cara buat duit dengan affiliate, sila isi nama dan e-mail di bawah.


Name
Email

One thought on “Buat Duit Dengan Affiliate”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

What is 6 + 12 ?
Please leave these two fields as-is:
IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)