Buat Duit Dengan Nuffnang

Apa Itu Nuffnang? Nuffnang adalah syarikat platform pengiklanan di Asia Pasifik. Nuffnang telah wujud sejak tahun 2007. Nuffnang dihasilkan oleh Timothy Tiah dan Cheo Ming Shen. Nuffnang mempunyai pejabat di empat buah negara iaitu Malaysia, Singapura, Filipina dan Australia.

Nuffnang adalah orang tengah antara pengiklan dan blogger. Ini bermakna, syarikat-syarikat lain yang ingin mengiklankan perniagaan mereka akan membayar kepada Nuffnang. Kelebihan menyertai Nuffnang adalah Nuffnang akan berusaha mencari pengiklan dan menyiarkan iklan tersebut di website atau blog yang berdaftar.

Oleh itu, apabila anda telah memiliki website atau blog sendiri, bolehlah mendaftar di nuffnang.com.my. Anda perlu sign up sebagai blogger. Berikan maklumat-maklumat yang di minta seperti nama penuh, nombor IC, alamat dan sebagainya.

Nuffnang mempunyai ‘exclusive program‘ yang dinamakan status glitterati. Status ini diperolehi sekiranya anda tidak meletakkan iklan-iklan dari syarikat asia lain atau syarikat pesaing Nuffnang.

Nuffnang membayar para blogger berdasarkan jumlah iklan yang dipaparkan. Oleh itu website atau blog anda perlu dilayari oleh pelawat supaya iklan boleh dipaparkan. Kadar bayaran adalah mengikut pengiklan sama ada membayar kos per pelawat unik (CPM) atau kos per klik (CPC). Nampak mudah, dapat duit apabila klik iklan. Namun AWAS, anda di larang klik sendiri iklan kerana melanggar terma Nuffnang. Akaun anda mungkin boleh di batalkan.

Bagaimana dengan anda, yang sudah lama atau baru tahu? Komen anda tentang pendapatan melalui Nuffnang?

One thought on “Buat Duit Dengan Nuffnang”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

What is 12 + 11 ?
Please leave these two fields as-is:
IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)