Anda mungkin biasa men’download’ file daripada internet. Pernahkah anda pula menyumbangkan file di internet ataupun anda men’upload’ file ke mana-mana website? Kenapa upload file, mungkin anda ingin memberikan file tersebut kepada rakan-rakan anda ataupun anda menyimpannya untuk simpanan sendiri. Sebenarnya anda boleh buat duit dengan cara upload file tersebut melalui ziddu.

Ziddu adalah website upload file secara percuma. Bukan itu saja, ziddu akan membayar anda sekiranya ada orang yang men’download’ file anda. Oleh itu, sambil anda menggunakan perkhidmatan ziddu untuk menyimpan file, anda juga boleh buat duit.
Anda boleh buat duit dengan men’upload’ apa saja file tidak kira file word, file pdf, software, gambar, file muzik ataupun file video. Sekiranya file-file yang anda upload sangat menarik perhatian pengguna internet, semestinya ramai orang akan men’download’ dan semestinya duit anda akan bertambah.
Apakah kelebihan ziddu ni:-
- Hanya terdapat akaun percuma, tidak memerlukan akaun premium.
- Anda boleh upload file sehingga unlimited dengan maksimum 200MB setiap file.
- File anda tidak akan di delete walaupun tiada orang yang men’download’. Ini kerana, website lain akan delete file yang tidak di download dalam tempoh tertentu. Contohnya file di delete sekiranya tiada download dalam masa 60 hari.
- Duit akan dapat juga jika download daripada IP address Malaysia. IniĀ kerana, website lain ada yang tidak menerima download daripada Malaysia.
- Anda boleh share file terus kepada e-mail rakan. Memudahkan anda untuk menhantar file kepada rakan-rakan anda.
Untuk anda sertai, anda pergi ke ziddu.com, kemudian klik Register. Masukkan nama, e-mail dan password.

Jadi, anda hanya perlu mempromosikan file-file yang anda telah upload di ziddu. Bayaran daripada ziddu akan diperolehi apabila anda telah memperolehi $10 melalui paypal.
Bagaimana dengan anda? Selamat mencuba.
nadia says:
salam,
nk tanya boleh ke kalau kita upload file cthnya mp3 yang kita dload dr site lain?
[Reply]
Shahrul Reply:
September 3rd, 2010 at 4:19 PM
Boleh kot, klu site admin tu x delete balik. Tp upload lagu mp3 berpada-padalah sebab lagu ada hak cipta.
[Reply]
Fizzi says:
Nak tny – masih agak blur mcm mana buleh dapat duit? berapa duit yang kita dapat bagi setiap file yang di download? harap penjelasan tuan.. tq..
[Reply]
Shahrul Reply:
April 8th, 2011 at 12:47 AM
Kita upload file, lepas tu kene promote file tu supaya org download. Earning x byk dlm $1 per 1000 download.
[Reply]
rusydi says:
kalau kita yg download sndiri file tu cmna?
blh ern x duit?
[Reply]
Shahrul Reply:
May 9th, 2011 at 11:23 PM
rusydi, kalau kita download sendiri x dikira. Website tu boleh kesan IP address yg mendownload.
[Reply]
kerja kosong says:
Menarik gak, cuma earningnya agak kecil kan? Jadi, kena promote banyak2 sebelum orang tertarik untuk download..
Jadi sekarang baru sy tau kenapa byk sgt mamat2 kat luar sana upload gambar bogel guna Ziddu, rupanya mereka dapat duit…
[Reply]
mysupertopup Reply:
October 10th, 2011 at 12:09 PM
ziddu ni lagi untung jika dibandingkan dengan ads.ly .. web tu kedekut sikit cume bg 0.05$ je utk 1000 download tapi dapat 2% utk setiap downline yang kita ajak join (macam MLM)
cth sy ajak ali join ads.ly pastu dia dapat 0.05$ so sy akan dapat komisyen tambahan 2% dr 0.05$ ..ciput nya (admin mysupertopup)
[Reply]
Mohamad Afiq Bin Mat Taib says:
Assalam, tanye sikit. Kenapa Ziddu membayar kite? Dahla gune percume lepas tu bagi duit lagi? Ape benefit yang Ziddu dapat?
[Reply]
Shahrul Reply:
September 29th, 2011 at 4:15 PM
ws. Ziddu bayar sebab nak cari pengguna dan pelawat. Bila ada pelawat, adalah pengiklan. Sebab tu bila buka laman web download, ada banyak iklan2 pop-up.
[Reply]
miey says:
Selain dari Ziddu ada tak provider yang lain sbb saya lihat $1 utk 1000 download adalah terlalu sedikit. Saya mempunyai e-book untuk dipasarkan , saya tak tahu sama ada perlu upload dan earn atau jual ebook tersebut utk dapatkan bayaran..macam mana ya. harap balas pada email saya.
gryphoon81@yahoo.com
[Reply]
Shahrul Reply:
November 22nd, 2011 at 1:18 PM
Saya pun x berapa tahu ttg provider lain yang seangkatan ziddu.
[Reply]
firdaus says:
ziddu ni mcm scam. link bnyk jadi expired. link ada pulak org leh dload tapi dlm file kita dh xder list dah.maknanya org dload free xda rekod. bnyk benda bg org dload ltak kat forum2. tgk dlm file list xder.test dload dr link forum boleh pula. ntahla..
[Reply]
Shahrul Reply:
January 31st, 2012 at 9:15 AM
Ntahla, saya pun dah lama x aktif ziddu. Belum boleh cashout juga.
[Reply]
Nazri says:
Apa pendapat tuan dengan kerajaan US yang sekarang dah gubal akta hak pelihara. Apakah ziddu akan senasib dengan megaupload satu hari nnt?
[Reply]
Shahrul Reply:
May 17th, 2012 at 9:46 AM
Saya dah lama x gunakan ziddu, nak tutup ziddu pun x pe.
[Reply]