Buat Duit Melalui Paypal

Apakah Paypal? Paypal adalah satu akaun untuk transaksi pembayaran online. Paypal digunakan untuk pemindahan wang secara online antara pembeli dan penjual dengan cara yang mudah dan cepat. Akaun paypal hanya menggunakan nama e-mail tanpa mendedahkan nombor kad debit atau kad kredit kepada penjual.

Kebanyakan program-program buat duit di internet sekarang menggunakan pembayaran melalui paypal. Ini kerana ia sangat cepat memindahkan wang secara global antara pelbagai negara. Penjual-penjual juga terutama penjual di ebay banyak menggunakan pembayaran paypal.

Pemindahan wang paypal menjadi pilihan kerana pemindahannya boleh di lakukan dengan serta merta. Akaun paypal boleh dimiliki dengan percuma saja, dengan ini tidak lagi memerlukan merchants akaun untuk menerima pembayaran kad kredit. PayPal juga tidak mendedahkan maklumat kewangan kepada penjual.

Pada ketika dulu, wang di dalam paypal tidak boleh di keluarkan ke dalam bank-bank di Malaysia. Namun kini, wang di dalam paypal sudah boleh dipindahkan ke dalam bank-bank di Malaysia. Oleh itu, setiap orang perlu mempunyai akaun paypal untuk membeli secara online ataupun menjalankan perniagaan internet. Anda boleh mendaftar paypal di paypal.com.

Adakah anda masih baru di dalam penggunaan paypal? Anda perlu mengetahui beberapa cara penggunaan paypal seperti ‘send money’, ‘buy button’ dan ‘donate button’. Membuka akaun paypal memerlukan prosesĀ  pengesahan dengan kad debit atau kad kredit anda. Ramai yang gagal membuat pengesahan paypal.

Paypal mempunyai syarat-syarat ketat yang tidak boleh di lakukan supaya akaun anda tidak di bekukan. Anda tidak di benarkan membuka lebih daripada satu akaun paypal, malah sekiranya anda login dua akaun paypal, iaitu akaun paypal anda dan akaun paypal rakan anda, ia juga tidak dibenarkan. Sekiranya anda masih baru dalam penggunaan paypal, anda perlulah membaca panduan asas paypal di duitdigital.com.

2 thoughts on “Buat Duit Melalui Paypal”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

What is 8 + 12 ?
Please leave these two fields as-is:
IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)