3 Cara Promosi Affiliate Melalui Blog

Baru-baru ini, ramai yang subcribe autoresponder saya. Ramai yang bertanya, bagaimana nak mempromosikan PPL yang saya tawarkan. PPL adalah salah satu bentuk affiliate. Banyak medium boleh buat promosi seperti menggunakan blog.

Blog adalah salah satu cara yang bagus untuk semua orang menyampaikan maklumat ataupun pandangan. Blog kini adalah sangat murah, boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja. Blog ditulis untuk beberapa tujuan antaranya blog peribadi ataupun blog perniagaan.

Cara promosi pertama adalah meletakkan iklan banner di dalam blog. Menulis blog kebiasaannya berdasarkan minat. Di samping itu, pemilik blog meletakkan iklan banner untuk mendapatkan pendapatan affiliate samaada PPS, PPL ataupun PPC.

Contoh Iklan Banner

Cara promosi kedua adalah menulis post. Menulis post tentang produk affiliate memberikan penerangan dan pemahaman sendiri tentang produk tersebut kepada pembaca blognya. Apabila menulis post, tentu ada segelintir pembaca yang akan berminat. Misalnya affiliate PPL, mereka berminat mengisikan nama dan emel dan affiliate PPS, mereka akan berminat membeli produk tersebut.

Contoh post-post yang menulis tentang HPA: http://shahrulnizam.biz/pengguna-hpa

Cara promosi ketiga adalah menyewa tapak iklan. Cara ini, anda mencari blog-blog yang popular dan banyak pelawat. Anda perlu membayar kepada pemilik blog tersebut untuk meletakkan iklan yang anda inginkan. Bayaran sewa iklan biasanya mengikut tempoh tertentu seperti menyewa iklan selama sebulan.

Contoh ruang iklan yang di sediakan oleh pemilik blog

Anda boleh mencuba cara-cara tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

What is 9 + 15 ?
Please leave these two fields as-is:
IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)