Apa itu ebook? Ebook adalah singkatan bagi Electronic Book iaitu buku elektronik. Ebook adalah buku versi elektronik yang hanya boleh di baca melalui komputer, laptop atau ebook reader. Sesetengah handphone juga boleh membaca ebook.
Apakah Kelebihan ebook? Dalam era teknologi elektronik kini, manusia lebih sukakan sesuatu yang lebih mudah, kecil dan ringan. Ebook berupa teks secara maya atau produk digital yang boleh di muat turun (upload) melalui internet. Ebook mudah di simpan, di simpan di dalam pendrive atau disk (CD atau DVD) dan mudah di bawa.
Dengan permintaan manusia terhadap pembacaan atau pencarian maklumat secara elektronik, penulis atau usahawan internet berpeluang menghasilkan maklumat-maklumat dalam bentuk ebook. Ebook-ebook ini kemudian boleh di jual.
Bagaimana Buat Duit Dengan ebook? Ebook boleh memberi keuntungan kepada penulis, penjual dan pengedar ebook. Ebook sangat mudah di hasilkan, sesiapa saja boleh menulis ebook asalkan ada pengetahuan tersendiri. Kos menghasilkan ebook adalah murah, memudahkan penjual-penjual ebook. Keuntungan ebook adalah tinggi, penjual ebook boleh melantik seberapa ramai pengedar ebook secara percuma.