Sekitar WangCyber Gathering 2011

Pada 23 Julai 2011, saya menghadiri WangCyber Gathering 2011 di Menara Usahawan, Presint 2, Putrajaya. Tema gathering ini iaitu Next Level. Program mula dari pukul 8.30 pagi sehingga 5.00 petang, tapi saya sampai sana pukul 1 petang. Datang dari Shah Alam je pun. Di bawah adalah gambar, tapi saya berdiri di belakang-belakang.

Continue reading Sekitar WangCyber Gathering 2011

Mentor Jutawan Irfan Khairi

Irfan Khairi adalah motivator kekayaan dan perniagaan generasi baru. Sebagai seorang usahawan, penulis buku laris dan juga speaker pakar, kejayaan Irfan Khairi sering dipaparkan di majalah, akhbar dan juga media penyiaran. Sering digelar Jutawan Muda dan Jutawan Internet oleh pihak media masa atas kejayaannya mencapai keuntungan perniagaan internet sebanyak RM1 juta pada umur 25 tahun.

Selepas menamatkan SPM, Irfan Khairi telah menetapkan cita-cita untuk menjadi jutawan sebelum usia 30 tahun. Apa yang menjadi inspirasi Irfan Khairi ketika remaja adalah mempunyai ikon-ikon pelakon barat. Mereka menjadi inspirasi Irfan kerana mereka melakukan kerja yang mereka suka di samping memperolehi banyak wang.

Continue reading Mentor Jutawan Irfan Khairi

Idea Menjana Wang Secara Online

Anda semestinya seorang pengguna internet bukan? Jika tidak, anda tidak dapat membaca artikel ini, hehe. Gurau saja. Selama anda mencari maklumat secara online, pernahkah anda mencari idea untuk menjana wang secara online? Ia, menjana wang secara online bukan lagi angan-angan malah realiti kepada orang-orang yang melakukannya.

Continue reading Idea Menjana Wang Secara Online

Seminar Pemasaran Facebook

Facebook kini menjadi kegilaan kepada rakyat Malaysia. Ramai yang menggunakan social networking ini. Dengan ramainya pengguna facebook, social networking ini boleh dimanipulasikan untuk perniagaan. Janganlah buang masa dengan facebook. Buang masa tu, tak pe lagi tak buang duit. Paling malang menjadi penipu dengan program-program yang tidak benar. Mungkin anda pernah mendengar program ‘Login Facebook Dapat RM100’.

Continue reading Seminar Pemasaran Facebook