Bagaimana Nak Cloaking Link Affiliate

Anda tahukah apa itu cloaking? Cloaking bermaksud menyembunyikan link referral affiliate. Bagaimanakah rupa link referral affiliate? Contohnya adalah link ini http://shahrulnizam.biz/hpa/index.php?ref=demo. Link ini kelihatan panjang kerana mempunyai ?ref=demo. Ref menunjukkan affiliate tersebut diperkenalkan oleh seseorang yang menggunakan username demo.

Link referral ini berkemungkinan besar

  1. Pelawat tidak mahu klik kerana melihat link yang pelik.
  2. Pelawat tidak mahu klik kerana takut link tersebut mempunyai maksud yang tidak baik seperti mempunyai virus.
  3. Pelawat yang tahu affiliate, berasa dengki dan iri hati tidak mahu memberikan komisen kepada orang yang memperkenalkan.
  4. Prospek yang kedekut tidak mahu memberi komisen kepada affiliater, tetapi memberi komisen kepada admin program.
  5. Lain-lain yang anda fikirkan, sila taipkan di ruangan komen, hehe

Perkara-perkara ini akan sentiasa wujud kerana setiap hari wujudnya orang-orang baru atau newcomers ke dalam dunia internet. Oleh itu, teknik cloaking digunakan. Terdapat beberapa cara.

Cara yang pertama adalah menggunakan ‘url shortening service’ iaitu website-website yang membolehkan anda menukar atau memendekkan link sebenar. Contoh  website seperti ini adalah adf.ly dan juga tools daripada google iaitu goo.gl. Di bawah adalah demo menggunakan goo.gl atau mahukan demo menggunakan adf.ly, sila rujuk sini Buat Duit Dengan Link.

Cara yang kedua adalah menggunakan script pada hosting, kemudian menggunakan nama domain lain ataupun subdomain daripada domain utama anda.

Apa yang dimaksudkan nama domain lain adalah anda mendapatkan nama domain untuk mempromosikan link affiliate, contohnya nama domain percuma http://hpa-online.co.cc. Subdomain pula, anda mewujudkan link khas daripada domain anda sendiri, contohnya http://shahrulnizam.biz/hpa-online.

Script ini terdapat dua jenis yang saya gunakan iaitu script redirect dan script iframe. Di bawah adalah script redirect dan script iframe. Cara nak guna script ini adalah, anda copy keseluruhan script kemudian paste kan ke dalam ‘new notepad’. Selepas itu save kan dengan nama index.html. Anda sangat perlu taipkan nama file .html supaya file tersebut menjadi page website. Kemudian, upload kan ke dalam hosting.

Script redirect

<html>
<head>
<meta http-equiv="REFRESH" content="0;
url=http://shahrulnizam.biz/hpa/index.php?ref=demo"></head>
</html>

Script iframe

<html><head>
<title>HPA Online</title>
<iframe src="http://shahrulnizam.biz/hpa/index.php?ref=demo"
name="body" width="100%" marginheight="0" marginwidth="0"
height="100%" frameborder="0"></iframe>
</head></html>

6 thoughts on “Bagaimana Nak Cloaking Link Affiliate”

  1. salam
    bagus juga kalau pandai pelbagaikan url supaya menjadi lebih pendek,script yang diberikan di atas pun amat berguna.Terima kasih bro

    [Reply]

  2. salam bro. first time singgah sini. terbaek la blog bro ni. banyak info. saya baru nak belajar tentang affiliates. lom dapat buat duit pertama dengan affiliates,susah juga kalau takda ilmu

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

What is 14 + 13 ?
Please leave these two fields as-is:
IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)