Ebook Maskahwin Yang Hilang

Wang menghalang perkahwinan anda? Ketahuilah bagaimana anda boleh mencari dan mengumpul wang untuk perkahwinan anda dengan mudah dan lancar. Ebook Maskahwin Yang Hilang adalah ebook panduan menguruskan kewangan ketika baru sahaja bekerja dan masih bujang.

Ebook ini ditulis oleh Mohd Suhaimy aka Shuth, diterbitkan oleh Extreme D Enterprise. Ebook ini berformat .exe. Ebook ini menerangkan teknik asas kewangan iaitu pendapatan, perbelanjaan, hutang dan simpanan. Tips mengurangkan perbelanjaan hidup, mengurangkan hutang dan menambah pendapatan.

Ebook ini mendedahkan kesilapan besar oleh ramai orang dalam menguruskan pendapatan dan perbelanjaan mereka. Kita sering mendengar ramai yang menghadapi masalah tidak cukup duit. Nak buat ini tidak boleh, nak buat itu tidak boleh. Gaji RM1,000 tidak cukup, gaji RM2,000 pun tidak cukup malah gaji RM10,000 pun ada yang masih tidak cukup. Hakikatnya kita selalu tidak mampu membuat apa yang kita kehendaki.

Apakah kesilapan itu? Ramai orang apabila dapat gaji hanya membayar hutang dan membelanjakan keperluan kehidupan. Kemudian sering memikirkan untuk mencari pendapatan tambahan. Jika berterusan begini, kita akan menghadapi sindrom kesempitan wang setiap bulan.

Jadi betulkan kitaran salah berikut:

  • Peroleh pendapatan
  • Guna untuk perbelanjaan hidup
  • Bayar hutang
  • Jika lebih, simpan

Kitaran yang betul:

  • Peroleh pendapatan
  • Asingkan untuk simpanan
  • Guna untuk perbelanjaan hidup
  • Bayar hutang

Dengan mengikut kitaran kewangan yang betul, ebook ini mendedahkan tips-tips berikut:

  • 18 cara mengurangkan perbelanjaan hidup
  • 6 cara mengurangkan hutang
  • 10 cara menambah pendapatan sampingan

Lihat turutannya, langkah menambah pendapatan sampingan adalah langkah terakhir untuk menguruskan kewangan anda. Ini juga menjadi kesilapan ramai orang yang mencari pendapatan sampingan tanpa mengambil kira langkah-langkah sebelumnya. Oleh itu, untuk anda memperolehi tips-tips berikut, layarilah maskahwin.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

What is 12 + 12 ?
Please leave these two fields as-is:
IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)