Ebook Rahsia Harta Dari Sampah

Anda bencikan sampah? Sudah pasti ramai yang tidak menyukai sampah, namun terdapat juga orang-orang yang mencari dan mendapat untung daripada sampah. Tukarkan sampah anda kepada duit. Sampah merupakan bahan sisa yang tidak diperlukan setelah berakhirnya suatu proses.

Ebook ini ditulis oleh Murniwati bt Anwar. Ebook ini berformat .pdf dengan 94 muka surat. Ebook ini memberi idea dan tunjuk ajar menggunakan kembali sampah-sampah yang tidak digunakan, malah boleh juga mendapatkan kembali duit daripada sampah yang telah terbuang.

Ebook ini menceritakan beberapa individu yang berjaya menghasilkan pendapatan daripada sampah. Salah satu yang menarik adalah kejayaan hidup tanpa membuang sebarang sampah. Bayangkan, bagaimana kita boleh hidup tanpa menghasilkan sebarang sampah. Ini tentunya boleh dengan menggunakan kembali sampah tersebut sama ada untuk kegunaan sendiri atau dijual untuk kegunaan orang lain. Jadi, ini menunjukkan sebarang sampah boleh menghasilkan keuntungan kembali kepada manusia.

Ebook ini menerangkan cara-cara buat duit dengan beberapa kategori sampah iaitu sampah makanan, sampah elektronik dan sampah kering atau sampah di halaman rumah. Sampah makanan adalah lebihan atau sisa makanan yang kita buang. Sampah elektronik adalah peralatan-peralatan elektronik di rumah kita yang tidak boleh digunakan lagi. Sampah halaman adalah daun-daun yang jatuh dan ranting-ranting kayu.

Apakah cara menggunakan kembali sampah-sampah tersebut? Beberapa sampah seperti kertas, aluminium, kaca dan plastik boleh dijual semula untuk dikitar semula. Jadi, kerana itu terdapat individu yang mencari sampah-sampah terbabit di tong-tong sampah. Bagi melancarkan proses kitar semula, tong-tong kitar semula ada disediakan namun berapa ramai sahaja yang memasukkan barang kitar semula kedalam tong tersebut.

Barang-barang kitar semula boleh menjadi duit kepada kita sekiranya kita tidak membuang dan rajin mengumpul barang-barang kitar semula. Apabila telah banyak, ianya kemudian dijual kepada syarikat-syarikat yang mengitar semula barang-barang terbabit.

Selain dijual kepada syarikat-syarikat kitar semula, banyak lagi perkara yang boleh dilakukan seperti menukarkan sendiri sampah-sampah kepada barang yang boleh digunakan. Ebook ini mengajarkan beberapa cara. Apa yang diperlukan adalah kemahiran dan kreativiti, malah ilmu pemasaran juga penting supaya hasil kreativiti tersebut boleh dijual. Ini sudah tentunya, kerana usahawan memerlukan kreativiti walau dalam apa jua bidang. Kaedah menjual dengan murah sudah tentunya dengan menjual di internet.

Teknik-teknik lain yang terkandung dalam ebook ini bagi menukarkan sampah kepada duit adalah menukarkan botol, kulit telur, bekas tempat telur, kulit-kulit binatang bercengkerang dan tempurung kelapa. Akhir sekali adalah mengambil untung daripada peminat sampah, iaitu barang-barang sampah bagi kita tetapi menjadi harta kepada peminat-peminat barang tersebut seperti barang-barang lama dan antik. Untuk ketahui lebih lanjut kaedah-kaedah ini, boleh dapatkan rahsia sampah disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

What is 12 + 9 ?
Please leave these two fields as-is:
IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)