HPA Online Network

Apakah HPA Online Network? HPA adalah sebuah syarikat yang memasarkan produk-produk halal dan berasaskan herba. HPA Online Network adalah rangkaian ahli HPA yang menggunakan medium internet untuk memasarkan produk dan rangkaian perniagaan MLM. HPA merujuk kepada Herba Penawar Al-Wahida. Syarikat ini telah diasaskan oleh Tuan Hj. Ismail bin Hj. Ahmad yang berasal dari Kg. Mata Ayer, Perlis pada bulan September 1987 secara kecil-kecilan yang ketika itu dikenali dengan nama Perubatan Tradisional Al Wahida.

Selepas 8 tahun beroperasi, berbekalkan warisan peninggalan nenek moyang, HPA Industries Sdn. Bhd. pun ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995. Pengalaman HPA pada masa lalu mampu mencatat sejarah kejayaan dan bertahan sehingga kini. HPA merupakan perniagaan yang penuh dengan potensi, pencapaian dan kecemerlangan.

Sehingga kini, lebih 300 jenis produk telah pun dipasarkan dan banyak lagi akan dilancarkan pada masa akan datang. Jenama terkenal HPA adalah jenama Radix seperti kopi radix, radix koko, radix cereal dan radix cookies. HPA menitikberatkan kualiti dan proses pengeluaran yang menjamin mutu produk sentiasa konsisten.

Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan mengenai perubatan herba tradisional sebagai satu rawatan alternatif kepada masyarakat, bukan sahaja memberi kesihatan yang terjamin malahan dapat mengecapi kemakmuran dan memperkayakan kehidupan. Antara produk-produk keluaran HPA merangkumi produk kapsul dan gel, produk kegunaan harian, produk kosmetik, produk minuman dan makanan, produk minyak dan produk kelengkapan umrah & haji.

Antara syarikat-syarikat di bawah kumpulan HPA adalah

  1. Al-Wahida Marketing Sdn Bhd – Pemasar semua produk melalui perniagaan MLM
  2. HPA Industries Sdn Bhd – Pengeluar ubat-ubatan herba
  3. Cola Radix Sdn Bhd – Pengeluar minuman berkarbonat (Radix Cola dll)
  4. HPA Food & Beverage Sdn Bhd – Pengeluar minuman dan makanan
  5. Radix Industries Sdn Bhd – Pengeluar Kopi Radix
  6. HPA Farm Sdn Bhd – Pengeluar ayam dan air mineral
  7. HPA Ilham Sdn Bhd – Agensi pelancongan
  8. RFC Sdn Bhd – Restoran Radix Fried Chicken (RFC)
  9. El- Zaharaa Sdn Bhd – Hotel, homestay, JHS, HPA collection, toharah dobi
  10. Centella White Sdn Bhd – Produk kosmetik

Saya juga adalah ahli HPA. Sebagai ahli HPA, akan mendapat kad keahlian bagi membolehkan ahli-ahli membeli produk-produk HPA dengan harga pengedar yang lebih murah daripada harga pengguna. Laman web rasmi syarikat HPA adalah hpa.com.my dan rangkaian HPA secara online adalah hpa-online.net.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

What is 7 + 2 ?
Please leave these two fields as-is:
IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)