Lubuk Duit di Mudah.my

Mahukah anda menjana duit dengan menjual barang-barang di internet tanpa memiliki website sendiri dan tanpa modal yang besar? Tempatnya adalah menjual di website mudah.my. Mudah.my adalah tempat strategik untuk menjual produk fizikal di Malaysia kerana pengiklanan percuma dan jumlah pengunjung yang ramai berbanding ebay.com.my.

Rahsia Lubuk Duit di Mudah.my ada menceritakan cara-cara buat duit di mudah.my. Terdapat empat kategori dalam ebook sebanyak 50 muka surat ini. Kandungannya adalah cara buat duit di mudah.my, mendapatkan lebih ramai pelawat melihat iklan, menukarkan pelawat kepada pembeli dan naikkan kredibiliti sebagai penjual.

Ebook ini menerangkan kenapa iklan-iklan tidak diterima di mudah.my. Sebab-sebabnya adalah:

  1. Iklan tidak mempunyai tujuan yang spesifik dan terlalu umum
  2. Iklan servis/barangan yang tidak dibenarkan
  3. Tajuk iklan tidak ada kena mengena dengan produk/servis
  4. Tawaran yang tidak masuk akal
  5. Iklan melibatkan kaedah bidaan dan lelongan
  6. Pencampuran barangan/servis yang berlainan kategori

Kemudian dapatkan teknik meningkat pelawat iklan anda dan tukarkan pelawat iklan kepada pembeli. Anda boleh menjual samaada barang terpakai ataupun barang baru. Anda boleh juga menjual barang baru tanpa menyimpan barang-barang. Konsep ini di namakan dropship. Pelajari segala teknik-teknik ini segera dengan memiliki ebook Rahsia Lubuk Duit di Muday.my di sini.

Cadangan dari saya sendiri yang tidak terdapat di dalam ebook ini adalah menjual produk-produk MLM contohnya produk HPA. Sebagai ahli HPA, anda boleh membeli produk-produk HPA dengan 20%-25% lebih murah. Letakkan iklan di mudah.my dan hanya perlu membeli stok setelah mendapat pembeli.

8 thoughts on “Lubuk Duit di Mudah.my”

  1. bagus buku itu bro, dulu memang pernah jugak iklan saya kena reject, tapi alhamdulillah selepas dibaiki ia menjadi. tahniah bro. teruskan membangunkan minda usahawan untuk bangsa kita.

    [Reply]

    Shahrul Reply:

    Terima kasih. Saya adalah pembeli ebook tersebut.

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

What is 5 + 2 ?
Please leave these two fields as-is:
IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)