Mentor Jutawan Irfan Khairi

Irfan Khairi adalah motivator kekayaan dan perniagaan generasi baru. Sebagai seorang usahawan, penulis buku laris dan juga speaker pakar, kejayaan Irfan Khairi sering dipaparkan di majalah, akhbar dan juga media penyiaran. Sering digelar Jutawan Muda dan Jutawan Internet oleh pihak media masa atas kejayaannya mencapai keuntungan perniagaan internet sebanyak RM1 juta pada umur 25 tahun.

Selepas menamatkan SPM, Irfan Khairi telah menetapkan cita-cita untuk menjadi jutawan sebelum usia 30 tahun. Apa yang menjadi inspirasi Irfan Khairi ketika remaja adalah mempunyai ikon-ikon pelakon barat. Mereka menjadi inspirasi Irfan kerana mereka melakukan kerja yang mereka suka di samping memperolehi banyak wang.

Irfan sememangnya minat melukis. Ketika menuntut di ITM (kini UiTM), Irfan merekacipta sendiri t-shirt dan menjual secara kecil-kecilan. Ketika musim perayaan, Irfan merekacipta kad raya dan menjual kepada pelajar-pelajar lain. Selepas ITM, Irfan menyambung pengajian ijazah di United Kingdom dalam kursus multimedia design. Ketika di sana, Irfan bekerja sambilan sebagai tukang cuci di pasaraya dan mencuci tandas untuk mencari duit tambahan.

Dengan duit tambahan tersebut, Irfan pergi ke kedai buku pada hujung minggu untuk membeli buku-buku kejayaan. Irfan mempelajari ilmu-ilmu kejayaan dan disiplin yang kuat untuk berjaya dalam apa saja bidang yang diceburi.

Selepas itu Irfan memulakan perniagaan internet dalam bidang grafik sepertimana Irfan sememangnya meminati perkara yang berkaitan dengan grafik. Irfan menjual perkhidmatan grafik berkomputer, membawanya ke internet dan memperdagangkan ke seluruh dunia.

Kejayaan tidak datang dengan mudah. Pada tahun pertama, Irfan hanya memperoleh tiga orang pelanggan sahaja. Dengan itu Irfan mengkaji kesilapan-kesilapan beliau. Kesilapan utama adalah laman web kelihatan terlalu canggih dengan banyaknya animasi, terdapat huruf yang berputar-putar, bergerak dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah. Walaupun Irfan mempelajari subjek animasi laman web di universiti, tetapi dalam realiti business perkara-perkara tersebut tidak efektif dalam menarik pelanggan.

Selain itu, Irfan dapati bahawa tak ramai pelayar internet yang melawati laman web beliau. Beliau tidak melakukan promosi yang secukupnya. Setelah Irfan meningkatkan promosi laman web beliau, pelawat mula datang dan membuat pesanan. Pelanggan semakin meningkat sehingga dari tiga pelanggan setahun menjadi tiga pelanggan dalam masa sehari.

Ketika itu Irfan bekerja makan gaji di sebuah syarikat multimedia dan menyebabkan masa Irfan menjadi suntuk. Dari pagi hingga petang Irfan bekerja makan gaji dan dari petang hingga lewat malam bekerja menyiapkan pesanan perniagaan internet beliau. Setelah pendapatan perniagaan internet beliau melebihi pendapatan kerja di pejabat, Irfan berhenti kerja tetap dan fokuskan pada perniagaan internet.

Dalam masa tiga tahun, boleh dikatakan Irfan tidak keluar rumah sangat, fokus pada kerja dan perniagaan. Beliau tidak berhibur, tak keluar dan lepak-lepak dengan kawan-kawan. Itulah dugaan dalam mendisiplinkan diri dan beliau melihat pengorbanan itu sebagai sejenis pelaburan yang positif. Untuk maklumat lanjut mengenai Jutawan Irfan Khairi, lawati IrfanKhairi.com dan RahsiaInternet.com.

Maklumat ini diperolehi daripada Ebook Mentor Jutawan bersama Irfan Khairi. Terdapat banyak lagi kata-kata motivasi daripada beliau juga kata-kata motivasi dari jutawan-jutawan lain antaranya motivator Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah, Jurulatih Jutawan Azizi Ali, Jutawan Senyap Dato’ Dr Rusly Abdullah (Chef Li), Jutawan MLM Dato’ Dr Azman Ching, Jutawan Berani Gagal Billi Lim, Datuk Hussamuddin dan Abang Abu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

What is 9 + 5 ?
Please leave these two fields as-is:
IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)