Saya baru sahaja membaca satu laporan tentang pelaburan emas. Ini bukan kali pertama saya mendengar tentang pelaburan emas tetapi laporan ini membuka mata saya untuk pelaburan emas. Laporan percuma tersebut disediakan oleh Mohd Suhaimy a.k.a Shuth, di lamanweb wangemas.com.

Pelaburan pertama saya adalah pelaburan ASB. Buat pinjaman Maybank dan masukkan ke dalam akaun ASB. Pelaburan emas mengikut perkiraan lebih menguntungkan daripada ASB. Namun, jangan melanggar hukum pelaburan iaitu “Don’t put all your eggs in one basket”. Jadikanlah pelaburan ASB sebagai pelaburan pertama kerana paling rendah risiko dan tidak memeningkan kepala.
Selepas mempunyai pelaburan pertama, barulah mencari pelaburan lain pula. Mungkin terdapat pelaburan lain seperti pelaburan unit trust, pelaburan hartanah, pelaburan bursa saham dan sebagainya. Mana-mana pelaburan boleh menguntungkan asalkan adanya ilmu pengetahuan.
Oleh itu, saya melihat pada pelaburan emas dan mempelajarinya. Pelaburan emas menguntungkan kerana harga emas akan sentiasa meningkat. Purata kenaikan sekitar 27% setahun. Dahulu, saya percaya harga emas ada turun dan naik. Ianya betul, tetapi penurunan harga emas adalah rendah. Jadi, secara purata harga emas memang akan sentiasa naik.
Saya melihat pelaburan emas agak mudah juga kerana tidak perlu mengikuti kenaikan dan penurunan harga semasa emas. (Ini bukan forex, saya pernah mencuba dengan forex sebelum ini). Saya lihat, tidak perlu membeli emas ketika harga murah dan menjual ketika harga mahal. Sekiranya menunggu harga emas turun, walaupun harga turun masih menunggu harga turun lagi, sebaliknya harga emas akan naik kembali. Jawabnya, emas tidak akan dibeli sampai bila-bila. Jadi, masanya membeli emas adalah ketika adanya duit, tidak kira berapa pun harga semasanya.
Sekarang, saya bercita-cita hendak membeli emas.
xmiec says:
salam pembuka kata,
Saya berpendapat harga emas adalah tetap. akan tetapi nilai mata wang kapitalis nie yg jatuh. sebab tue nampak emas melonjak naik berkadaran masa. hanya teori shj..>selebihnya perlu tanya yg pakar. hanya berpikir luar kotak sekejap. (:
[Reply]
Shahrul Reply:
May 20th, 2011 at 12:05 PM
ws, ya logik juga. Rupa dan keadaan emas tu sama sahaja. Cuma sekarang orang perlu menilai dengan harga. Orang menyimpan gram emas, hakikatnya membandingkan RM pada gram tersebut.
[Reply]
zik says:
memang ada azam nak beli emas…insyallah akan diusahakan..
[Reply]
razelan Reply:
May 23rd, 2012 at 4:24 PM
askum…kalo berminat untuk pelaburan emas, GCP terbaik terutama jika anda jadi dealer dengan modal hanya RM1000
[Reply]
Radzi says:
apa pendapat anda untuk Maybank Gold Investment Account, saya rasa ia sesuai sebagai permulaan kerana minimum belian adalah 1 gram, dalam bentuk buku akaun, pada pendapat saya seperti menyimpan duit di bank dalam bentuk emas, ianya tiada interest, harga ikut pasaran emas semasa, kadar susut nilai bila jual balik hanya sekitar 4.5% – 5% sahaja berbanding emas fizikal 15% – 25%
[Reply]
Shahrul Reply:
August 17th, 2011 at 9:22 PM
Saya pun tak pasti juga, bagi sesiapa yg modal rendah dan tak mahu memegang emas tersebut, boleh je buka Akaun Emas Maybank.
[Reply]
pelabur emas Reply:
November 20th, 2011 at 8:10 PM
Pelabur emas rata2 menolak sistem akaun emas maybank or public bank. Banyak kelemahannya.
1 – haram(dalam islam, beli emas dapat emas)
2 – xboleh di pajak jika memerlukan duit secara tiba2.
3 – xboleh jual pada org lain untuk dapat keuntungan lebih.
[Reply]
zuwairi says:
Mengikut pembacaan dan pengalaman saya sebagai pelabur emas, untuk mencapai Financial Freedom, mereka harus ada 4 benda.
1) Perlindungan (Takaful)
2) Ilmu Pengurusan Kewangan (Pelaburan Ilmu)
3) Simpanan (Bank, T.Haji, bawah bantal)
4) Pelaburan (Yg pling selamat ialah Emas)
[Reply]
16/09/2011, 9:22 PManie putrajaya says:
saya ada terbaca satu artikal bahawa pelaburan GIA di Maybank adalah haram kerana pelabur hanya membeli emas di bank tanpa wujudnya emas tersebut dan bank akan menyimpan emas itu, hanya buku akaun akan diberikan, pertama emas itu tidak disertakan semasa membeli emas, kedua tiada akad jual beli emas di GIA tersebut,, jika tiada akad dilakukan maka tidak sah lh hukum jual beli itu dalam islam,wha,,,kpd org berpengalaman bab2 ini sila tunjuk ajar jika saya tersilap
[Reply]
Shahrul Reply:
November 8th, 2011 at 12:43 AM
Saya pun x pakar bab ni, jadi saya tiada komen ttg tu. Saya pun tiada pelaburan GIA di Maybank.
[Reply]
pelabur emas says:
Pelaburan emas fizikal adalah terbaik. Banyak kelebihan. Yang paling penting halal lagi menghalalkan.
[Reply]
20/11/2011, 8:12 PMpelabur emas says:
Harga emas naik 27%- 30% setahun. Harga pulak naik turun. Lagi banyak keuntungan boleh kite dapat. Harga jatuh kite beli. Bile naik kite jual. Jatuh semula kite beli.
[Reply]
20/11/2011, 8:17 PMmnsar says:
more info @ mnsar blog “mnsar blog – Pelaburan Emas Maybank Gold Investment”
[Reply]
27/01/2012, 3:46 PMNazri says:
Tak rugi melabur dalam emas sebab ia kalis inflasi. Cuma kena simpan lama lebih kurang setahun untuk cover spread masa beli.Cantiknya beli emas jongkong sebab spread rendah
[Reply]
18/05/2012, 3:35 PM