300 Cawangan Halal Mart

HPA Industries Sdn. Bhd. (HPA) berhasrat mewujudkan 300 cawangan Halal Mart di seluruh negara menjelang tahun 2015. Sebelum ini, sejak HPA ditubuhkan pada tahun 1997, HPA hanya membuka cawangan berbentuk kaunter jualan.

Sehubungan itu, HPA membuka peluang kepada 650,000 ahlinya ketika ini untuk membuka perniagaan peruncitan dengan jumlah modal RM50,000 bagi satu premis.

HPA juga mensasarkan akan memperolehi jualan produk sebanyak RM20juta sebulan dalam tempoh terdekat. HPA mempunyai lebih 200 produk dengan produk utama seperti Kopi Radix, Radix Koko, sabun pembasuh Freesia dan penapis air Dew.

HPA mempunyai kekuatan panel syariah sendiri dan memperjuangkan produk halal dan suci (halalan toyyiban). Selain itu, HPA menganjurkan program ilmu bagi mengajar ahli-ahli supaya beralih kepada herba dan bahan harian bebas kimia iaitu organik. HPA juga membeli sebuah bangunan di Seksyen 13 Shah Alam setinggi 12 tingkat pada harga RM54juta untuk dijadikan HPA International Center (HIC).

Anda mungkin berminat post ini


Post ini telah menerima 1,044 views sejak dikeluarkan pada 10:44 AM, Thursday, 6th May 2010. Sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai HPA, sila isikan nama dan e-mail disini.

No Comments

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

What is 13 + 5 ?
Please leave these two fields as-is:
IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

WordPress Themes | Photo by ZaNuDa