Khasiat Tongkat Ali dalam Produk HPA

Nama saintifik Tongkat Ali adalah Eurycoma Longifolia. Tongkat ali adalah dari keluarga Simaroubaceae didapati tumbuh di hutan malar hijau di Asia Tenggara. Tongkat Ali merupakan tanaman jenis saka yang tumbuh menegak tanpa cabang.

Dalam keadaan semulajadinya di hutan, ia tumbuh dengan kadar yang perlahan, boleh mencapai ketinggian sehingga 15m dengan garis pusat batang berukuran 20 cm. Daunnya berbentuk bujur, tersusun secara berpasangan pada satu tangkai (panjang hingga 100cm). Terdapat  20–30 pasang anak daun bagi setiap tangkai daun. Tangkai daun tersusun secara “spiral”, sama ada mengikut  pusingan jam  atau melawan pusingan pada paksi batang.

Tongkat ali terkenal kerana mempunyai kesan penggalak seks (aphrodisiac). Secara tradisi ia digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit dan meningkatkan kesihatan. Antaranya termasuk pening kepala, luka-luka, kurap, disentri, bengkak, kelenjar, antileukemik, antitumor, antiviral, antifidan, insektisidal, antiamebik, antimalaria dan antiradang.

Kandungan kimia tongkat ali yang penting dalam industri ialah eurikomanone, eurikomalaktone dan eurikomanol (quassinoids) yang banyak terdapat dalam akar. Menerusi kemajuan teknologi dan kajian saintifik, kini tongkat ali digunakan sebagai antara bahan utama di dalam pelbagai produk minuman terutama kopi. Herba ini juga banyak dipasarkan dalam bentuk kapsul.

Produk HPA yang menggunakan tongkat ali adalah kopi radix, minuman bijirin radix, radix cookies dan radix kapsul.

Anda mungkin berminat post ini


Post ini telah menerima 2,416 views sejak dikeluarkan pada 12:40 AM, Monday, 26th October 2009. Sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai HPA, sila isikan nama dan e-mail disini.

No Comments

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

What is 5 + 2 ?
Please leave these two fields as-is:
IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

WordPress Themes | Photo by ZaNuDa