Profil HPA

Objektif Syarikat

Menjadi pengusaha No. 1 dan penjual produk herba Muslim di seluruh Malaysia.

Motto Syarikat

PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Visi Syarikat

HPA komited mewujudkan rangkaian produk herba sebagai satu kaedah rawatan yang berkesan.

HPA komited menjadi pengeluar dan pemasar produk halal melalui jaringan MLM Syariah di negara ini.

HPA komited membentuk usahawan yang dinamik, progresif dan berwibawa.

Misi Syarikat

HPA memberi keutamaan mempelbagaikan lagi rangkaian produk-produk herba dan juga program penyelidikan yang berupaya meningkatkan lagi mutu keluaran yang berkesan dan dapat membantu melegakan jenis-jenis penyakit yang dialami.

HPA juga memberi keutamaan mempelbagaikan keluaran produk-produk halal bagi tiga produk utama iaitu makanan kesihatan, kosmetik dan barangan keperluan harian.

HPA menyedia dan memberi kemudahan bagi usahawan untuk terus mengembangkan pengetahuan dan memantapkan lagi perniagaan ke arah kejayaan diri, keluarga, dan masyarakat.

Profil Syarikat

Syarikat ini telah diasaskan oleh Tuan Hj. Ismail bin Hj. Ahmad yang berasal dari Kg. Mata Ayer, Perlis pada bulan September 1987 secara kecil-kecilan yang ketika itu dikenali dengan nama Perubatan Tradisional Al Wahida. Selepas 8 tahun beroperasi, berbekal warisan peninggalan nenek moyang, HPA Industries Sdn. Bhd. pun ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995.

Pengalaman HPA pada masa lalu mampu mencatat sejarah kejayaan dan bertahan sehingga kini. HPA merupakan perniagaan yang penuh dengan potensi, pencapaian dan kecemerlangan. Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan mengenai perubatan herba tradisional sebagai satu rawatan alternatif kepada masyarakat, bukan sahaja memberi kesihatan yang terjamin malahan dapat mengecapi kemakmuran dan memperkayakan kehidupan.

HPA Industries Sdn. Bhd diasaskan oleh seorang anak tani yang berpengalaman luas dalam bidang herba di Malaysia. Beliau yang dimaksudkan ialah Tn. Hj. Ismail bin Ahmad selaku pemilik syarikat memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan 1.

Sumber daripada http://hpa.com.my

Anda mungkin berminat post ini


Post ini telah menerima 2,179 views sejak dikeluarkan pada 12:00 AM, Wednesday, 9th September 2009. Sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai HPA, sila isikan nama dan e-mail disini.

3 Comments

  • By saiful adli, 18/03/2010 @ 3:24 PM

    Salam. Saya ingin bertanya satu perkara. Saya berminat untuk membuka cawangan restoran RFC di Kuala Lumpur. Bagaimana cara atau prosedur untuk membuka cawangan ? Boleh saudara membantu saya ? Terima Kasih. Salam.

    [Reply]

    Shahrul Reply:

    ws. Sebaiknya, untuk membuka francais RFC menjadi ahli HPA terlebih dahulu. Bayaran ahli hanya RM30 dan tiada apa2 syarat dikenakan.

    Untuk membuka francais RFC, modal diperlukan adalah RM1.5juta. Untuk prosedur pembukaan, hubungi RFC di sini. http://www.radixfriedchicken.com.my/hubungi.html

    [Reply]

  • By Kimizo, 01/06/2010 @ 12:13 PM

    aku suka hpa
    maybe suatu hari nanti nak jadi ejen

    [Reply]

Links to this Post

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

What is 8 + 10 ?
Please leave these two fields as-is:
IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

WordPress Themes | Photo by ZaNuDa