Syampu Pandan Kasturi

Pandan Wangi atau nama saintifiknya Pandanus odurus merupakan pokok renek daripada famili Pandanacea. Ia tumbuh dalam rumpun dengan ketinggian di antara 0.6 cm hingga 1.5 m. Daunnya panjang dengan urat daunnya selari dan berbau wangi. Tumbuhan ini merupaka herba warisan turun temurun yang digunakan dalam penjagaan dan kesihatan rambut.

Syampu Pandan Kasturi ini dirumus khas untuk menghilangkan masalah rambut kusut, rambut gugur, kelemumur dan untuk menghitamkan rambut. Aroma semulajadi yang terdapat di dalam daun Pandan Wangi dan Limau Kasturi ini bertindak mewangikan rambut di samping dapat menghilangkan tekanan kerja seharian serta mengembalikan kesegaran tubuh badan.

Khasiat Limau Kasturi pula bertindak sebagai penyejuk kulit kepala. Kajian saintifik menunjukkan pandanin sejenis protein yang terdapat dalam ekstrak Daun Pandan mempunyai aktiviti anti-viral dan seterusnya dapat merawat jangkitan mikro-organisma di kulit kepala. Syampu daripada sumber semulajadi ini sesuai untuk kegunaan harian seisi keluarga serta mampu mengembalikan kesegaran rambut dan menjadikan rambut lebih bermaya, sihat dan bersinar.

Anda mungkin berminat post ini


Post ini telah menerima 1,241 views sejak dikeluarkan pada 3:54 PM, Tuesday, 6th October 2009. Sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai HPA, sila isikan nama dan e-mail disini.

No Comments

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

What is 13 + 7 ?
Please leave these two fields as-is:
IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

WordPress Themes | Photo by ZaNuDa