Perniagaan Internet Atau Bekerja Di Internet

Ramai yang sudah mendengar perkataan perniagaan, malah ramai yang mengimpikan untuk memiliki perniagaan untuk menjadi kaya. Namun, berapa ramai sahaja yang betul-betul menjalankan perniagaan dan berjaya. Perniagaan merupakan satu urusan jual beli atau sistem pertukaran untuk mendapatkan sesuatu barang atau perkhidmatan.

Apa itu perniagaan internet? Perniagaan internet juga seharusnya mempunyai jual beli barang atau perkhidmatan. Ini kerana, banyaknya laman web internet yang wujud dan mengatakan menjalankan perniagaan internet, tetapi sebenarnya tidak berniaga apa-apa. Ini kerana banyaknya iklan-iklan di internet yang mendakwa membuat duit yang banyak dalam masa yang amat singkat. Contohnya, perniagaan yang mencari ahli bagi memperolehi pendapatan RM1,000 seminggu, RM500 sehari dan pelbagai-bagai lagi angka yang boleh diletakkan.

Oleh itu, untuk menilai perniagaan-perniagaan sebegini, kita seharusnya melihat bagaimana proses perniagaan tersebut. Apakah produk atau perkhidmatan yang di tawarkan oleh perniagaan tersebut? Pada pandangan saya, itulah asas yang utama untuk mengelakkan diri daripada perniagaan-perniagaan  tipu.

Bolehkah menjalankan perniagaan internet jika kita tidak memiliki produk atau perkhidmatan sendiri? Kita masih boleh menjalankan perniagaan produk orang lain. Sama seperti kedai runcit, pemiliknya tidak memiliki produk sendiri tetapi hanya menjual produk-produk syarikat lain. Di internet juga, kita boleh menjual produk atau perkhidmatan orang lain. Ini sama ada kita memiliki website sendiri untuk menjual atau kita mendapat komisen untuk menjual produk di website orang lain.

Namun, persoalannya adakah kita menjalankan perniagaan internet jika tidak memiliki website tersebut? Ini sama seperti pemilik kedai runcit dan pekerja kedai runcit. Pemilik kedai runcit memiliki perniagaan peruncitan manakala pekerja kedai runcit hanyalah bekerja menjualkan barang-barang di kedai runcit. Pemilik website jualan memiliki perniagaan jualan produk tersebut, manakala orang lain boleh menjadi pekerja untuk mempromosikan website tersebut.

Oleh itu, istilah lain untuk menjalankan perniagaan internet ini adalah buat duit di internet. Terdapat banyak cara buat duit di internet seperti blog, affiliate, MLM dan lain-lain. Kiranya walau apa pun cara buat duit di internet, saya akan cuba kaitkan dengan perniagaan penjualan produk atau perkhidmatan untuk melihat kesahihannya.

Bagaimana pula dengan anda? Apakah pandangan anda tentang perniagaan internet dan buat duit di internet?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

What is 12 + 12 ?
Please leave these two fields as-is:
IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)