Seminar Pemasaran Facebook

Facebook kini menjadi kegilaan kepada rakyat Malaysia. Ramai yang menggunakan social networking ini. Dengan ramainya pengguna facebook, social networking ini boleh dimanipulasikan untuk perniagaan. Janganlah buang masa dengan facebook. Buang masa tu, tak pe lagi tak buang duit. Paling malang menjadi penipu dengan program-program yang tidak benar. Mungkin anda pernah mendengar program ‘Login Facebook Dapat RM100’.

Mereka inilah golongan yang tidak beretika dengan menggunakan nama facebook. Nampak sangat nak menipunya, tak kan boleh kita dapat duit dengan hanya login facebook. Ingat facebook bapa kau yang punya ataupun korang ada share dengan Mark Zuckerberg, pengasas facebook.

Pada 18 Julai 2010 yang lepas, saya telah pergi ke Seminar Pemasaran Facebook di IM Training Center, Shah Alam.  Presenter Seminar Pemasaran Facebook tersebut adalah Mohd Azrul pada sebelah pagi dan Safuan Sipenglipurlara pada sebelah petang. Mereka mendedahkan beberapa kaedah memanipulasi profile facebook dengan penggunaan photo, video, note dan fungsi-fungsi dalam facebook seperti tag, share dan like.

Mungkin kebanyakan orang menganggap perkara ini kecil, kenapa sampai perlu diadakan seminar. Ini kerana ada orang yang menggunakannya dengan cara yang tidak beretika. Men’tag’kan gambar dengan iklan hype seperti ‘Login Fcebook Dapat Duit’. Kemudian men’tag’kan tanpa etika, tag kepada sesiapa sahaja tanpa mengetahui latar belakang orang tersebut. Sehinggalah terhasilnya sebuah video untuk membanteras gejala tidak beretika di facebook terbabit. Tonton video lawak di bawah.

2 thoughts on “Seminar Pemasaran Facebook”

  1. wah bestnya..bagus2..moga prmosi yg dijalankan di facebook ni berkesan..baru check alexa ranking..web paling popular di malaysia adalah facebook..jangan buat maksiat kat facebook dah la ye..kat jakarta, ada budak kena culik sebab facebook..

    actually, raya nak dekat nih..buat promosi berhemah ye

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

What is 10 + 3 ?
Please leave these two fields as-is:
IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)