Buat Duit Dengan Blog

Apa itu blog? Blog juga adalah laman web. Apa yang berbeza, laman web di hasilkan oleh webmaster menggunakan programming IT seperti html dan php. Blog pula lebih kepada buku catatan seseorang secara online.

Sesiapa sahaja boleh memiliki blog tanpa memiliki pengetahuan IT. Anda boleh menggunakan blog sama ada secara percuma atau berbayar. Blog percuma boleh di mulakan dengan menggunakan blogspot, kemudian anda memiliki blog sendiri dengan domain contohnya namaanda.blogspot.com. Untuk lebih berbaloi dan puas hati, anda boleh menggunakan domain dan hosting berbayar contohnya namaanda.com.  Kos domain dan hosting tidak lah terlalu mahal, diantara RM50-RM150 setahun.

Apakah tujuan blog? Setiap orang menulis blog atas sebab-sebab tertentu. Ada yang menulis blog secara suka-suka, ada yang menulis blog untuk berpolitik dan juga ada yang menulis blog untuk memperolehi duit.

Bagaimana memperolehi duit daripada blog? Berbalik kepada persoalan asas perniagaan iaitu menawarkan produk atau perkhidmatan. Jika memiliki kedai secara offline, anda boleh menjual barang-barang seperti barang runcit atau menawarkan perkhidmatan seperti kedai dobi. Blog juga anda boleh anggap sebagai kedai yang menjual barang secara online atau perkhidmatan seperti pengiklanan.

Continue reading Buat Duit Dengan Blog