Perniagaan Internet Atau Bekerja Di Internet

Ramai yang sudah mendengar perkataan perniagaan, malah ramai yang mengimpikan untuk memiliki perniagaan untuk menjadi kaya. Namun, berapa ramai sahaja yang betul-betul menjalankan perniagaan dan berjaya. Perniagaan merupakan satu urusan jual beli atau sistem pertukaran untuk mendapatkan sesuatu barang atau perkhidmatan.

Apa itu perniagaan internet? Perniagaan internet juga seharusnya mempunyai jual beli barang atau perkhidmatan. Ini kerana, banyaknya laman web internet yang wujud dan mengatakan menjalankan perniagaan internet, tetapi sebenarnya tidak berniaga apa-apa. Ini kerana banyaknya iklan-iklan di internet yang mendakwa membuat duit yang banyak dalam masa yang amat singkat. Contohnya, perniagaan yang mencari ahli bagi memperolehi pendapatan RM1,000 seminggu, RM500 sehari dan pelbagai-bagai lagi angka yang boleh diletakkan.

Oleh itu, untuk menilai perniagaan-perniagaan sebegini, kita seharusnya melihat bagaimana proses perniagaan tersebut. Apakah produk atau perkhidmatan yang di tawarkan oleh perniagaan tersebut? Pada pandangan saya, itulah asas yang utama untuk mengelakkan diri daripada perniagaan-perniagaan  tipu.

Bolehkah menjalankan perniagaan internet jika kita tidak memiliki produk atau perkhidmatan sendiri? Kita masih boleh menjalankan perniagaan produk orang lain. Sama seperti kedai runcit, pemiliknya tidak memiliki produk sendiri tetapi hanya menjual produk-produk syarikat lain. Di internet juga, kita boleh menjual produk atau perkhidmatan orang lain. Ini sama ada kita memiliki website sendiri untuk menjual atau kita mendapat komisen untuk menjual produk di website orang lain.

Continue reading Perniagaan Internet Atau Bekerja Di Internet