Sekitar WangCyber Gathering 2010

WangCyber.com adalah sebuah forum Komuniti Usahawan Internet Malaysia. Saya mula mendaftar di forum WangCyber pada Disember 2008 sejak mula mendengar tentang perniagaan internet. Pada permulaannya, tidaklah aktif berforum, tidak tahu apa yang hendak di baca dan tidak tahu apa yang hendak di tulis. Selepas beberapa bulan, baru dapat keseronokkan berforum di WangCyber.com.

Setelah lama bersembang-sembang dengan warga forum WangCyber, salah seorang moderator forum tersebut iaitu Raja Kamil menganjurkan WangCyber Gathering pada 26 Jun 2010. Perjumpaan secara santai ini bertujuan untuk berjumpa dan berkenalan dengan Internet Marketer (IM) yang lain. Perjumpaan ini di adakan di IM Training Center, Shah Alam, sebuah pusat seminar yang di miliki oleh IM Jamaluddin Bahari atau nama popularnya Jamal, Pakar Ebook. Pusat tersebut tidaklah jauh daripada tempat tinggal saya.

Kehadiran hanya sekitar 20 orang lebih. Ketika itulah berjumpa dengan beberapa IM dan mengenali beberapa perniagaan internet masing-masing. Ada yang telah berjaya mendapat pendapatan lumayan, ada yang masih baru menapak, macam saya juga. Namun, perjumpaan itu tidak membezakan sama ada orang lama ataupun orang baru.

Saya pergi tidak mengambil sebarang gambar pun. Kemudian, hanya mendapatkan gambar di atas dan di bawah daripada facebook jurugambar ketika perjumpaan tersebut. Ini adalah link gambar tersebut, klik di sini.

Gambar Raja Kamil dan Jamal berserta tandatangan IM yang hadir.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

What is 6 + 7 ?
Please leave these two fields as-is:
IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)